seakwai3.wg
5 tahun
Lambat Kedatangan Haid
hai, saya nak tanya yg jika dermaa darah sebelum kedatangan haid, adakah ia akan melambatkan kedatangan haid??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, prosedur menderma darah tidak mempengaruhi kitaran haid wanita. Ianya tidak akan mengakibatkan haid datang lambat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
























