
Sulit
4 tahun
Lambat mai period 7 hari
sya umur 25 thn,7 hri dh lambat haid,tapi di tanggal 2.03.21 ada kluar darah tapi tak bnyak, perut bagian bawah sakit sampai ke pinggang, tapi masa 4hb sya check negative, apa ada harapan untuk sya mngandung.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid beliau di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya dapat dijadikan rujukan oleh anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid tidak lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai harapan untuk mengandung ataupun tidak kerana keputusan kit ujian menunjukkan keputusan negatif, namun begitu ia juga boleh memberikan keputusan false positive. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut dan pengesahan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.