
Anonymous
2 tahun
Langkah menguruskan badan tanpa ubat-ubatan
Selamat Sejahtera Dr, Saya wanita yang berusia 20an, saya ada masalah berat badan… Saya pernah tanya dengan Dr Private, dan dia tidak sarankan saya untuk ambil sebarang ubat menguruskan badan… Saya ingin bertanya, apa kah langkah yang bagus untuk menguruskan badan tanpa ubat ubatan… Terima Kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Untuk menguruskan badan secara semulajadi tanpa ubat-ubatan, pelbagai cara boleh dilakukan. Ianya seperti :
- Mengamalkan puasa 2 atau 3 kali seminggu
- Intermittent fasting
- Amalkan diet ketogenik
- Kurangkan pengambilan makanan/minuman manis
Namun, saya sarankan untuk anda mulakan perubahan ini secara beransur-ansur. Ini kerana perubahan yang mendadak dapat memudaratkan diri.
Jika anda mempunyai keraguan lain, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih