
Sulit
5 tahun
Lapisan kulit kecil putih di tapak tangan
Saya ada biji2 kecil putih seperti ada air tapi tiada. Bulat kecil seperti kulit saje dekat tapak tangan ada dua dan tepi jari . Mula2 satu tapi mcm bertambah pulak…tak gatal.Adakah itu ketuat atau benda lain? apa punca dan ubat yg boleh dibeli

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan herpes papilloma virus
- alahan pada makanan atau persekitaran
- ekzema
- psoriasis
- alahan pada ubat-ubatan
- sopak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.