
Sulit
3 tahun
Lebihan daging di dinding vagina
Assalamuailaikum dan selamat sejahtera doktor.Saya remaja perempuan berumur 14 tahun.Sejak saya kanak-kanank lagi saya ada lebihan daging di tepi dinding vagina dari sikit ke banyak mula dari kanan ke kiri sampai sekarang.Saya tidak ada apa-apa hubungan seks.Saya ingin bertanya,bagaimana ianya boleh terjadi dan bagaimana pula rawatan sendiri dahulu sebulum berjumpa doktor dengan lebih mendalam masalah ini?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sejujurnya untuk mengetahui kondisi sebenar kesihatan kelamin anda, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dan berkala. Secara umumnya, gejala yang anda alami boleh berpunca dari:
- polip kelamin
- trauma lama/kronik
- gangguan kelenjar bartholini
- fibroma / lipoma / leiomyoma
- tumor atau neoplasma yang lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.