
Sulit
4 tahun
Leher rasa panas and sakit dada
hai doktor … saya nak tanya … leher belakang saya rasa panas and panas tu sampai ke telinga. and kadang2 rasa lenguh kat leher belakang. sebelum ni ada rasa sakit dada and sakit bawah dada jgk. kadang2 sakit tu boleh buatkan tangan rasa lenguh. boleh doktor explain kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang leher rasa panas dan sakit dada.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan panas di bahagian leher boleh disebabkan oleh keradangan kulit, jangkitan kuman pada kulit, alahan dan sebagainya. Namun dengan adanya gejala sakit dada, sakit leher tersebut boleh berpunca daripada sakit dada. Untk makluman anda, sakit dada boleh memberikan tanda penyakit berikut:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung bermula sekarang .
Untuk mengetahui kondisi sebenar yang anda alami, saya tidak boleh memberikan diagnosis yang tepat tanpa pemeriksaan fizikal dan klinikal di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berterusan.
Anda juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik apabila anda mengalami gejala berikut:
- Sesak nafas
- Muntah
- Sakit dada yang berpanjangan melebihi setengah jam
- Pitam
- Demam
Penyakit jantung boleh membawa maut ! Dapatkan nasihat Pakar sekarang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah anda, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada doktor kami. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.