Sulit
4 tahun
Lelah; sakit kepala; kulit kering dah tumbuh bintik seperti jerawat pada kemaluan saya
Saya lelaki berumur 30an saya mengalami demam ringan selama satu hari kerana termakan kerang yang sudah lama tapi selepas itu saya mula rasa pening;penat tapi saya slalu membuat kerja berat di tengah panas setelah itu kulit kemaluan saya menjadi kering dan tumbuh bintik2 kecil seperti jerawat. Apakah pandangan doktor terhadap penyakit saya ini? Adakah itu tanda2 hiv?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
- jangkitan kelamin
- sifilis
Jika anda mengesyaki bahawa anda menjangkiti HIV kerana anda telah terdedah kepada aktiviti yang membawa kepada jangkitan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.