Anonymous
4 tahun
Lelangit mulut sentiasa luka dan berdarah
Saya seorang wanita dalam 30 an selalu mngalami mslh luka dan pedih pada lelangit mulut…hampir 4bulan saya menderita sakit ini sehingga sy nak mngunyah makanan pon susah apetah lagi makan maknan pedas…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kecederaan pada permukaan lidah/mulut
pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
masalah dehidrasi
penyakit berkaitan dengan sistem imun
hubungan seks secara oral
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.