
Sulit
3 tahun
Lemah tenaga batin..zakar hilang ketegangan semasa lakukan sek
saya lelaki 30…dlm tgh melakukan seks dgn psangan,kadang kala zakar hilang ketegangan walaupun nafsu masih lagi memuncak…tp xlama kemudian dlm 30 min lepastu zakar menegang semula…dalam melakukan sek zakar hilang ketegangan semula…apakah masalah yg saya hadapi??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah zakar yang lembik secara tiba-tiba semasa melakukan hubungan seksual dan ini sudah tentu mengganggu prestasi dan menyebabkan anda tertekan… Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Mengalami zakar yang tidak dapat mencapai ereksi penuh atau lemah secara tiba-tiba adalah gejala yang sering dilaporkan oleh kaum Adam dan ia disebabkan oleh pelbagai faktor.
Antara punca yang biasa dikaitkan dengan gejala yang dialami oleh anda adalah:
- Kencing manis
- Penyakit darah tinggi
- Merokok
- Tekanan atau stres
- Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa melakukan hubungan seksual bersama pasangan
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.