
fferra97
5 tahun
Lendir Berdarah bercampur coklat
Saya wanita berusia 22 tahun . Kelmarin ada satu tanda keluar lendir bercoklat campur berdarah . Ianya keluar awal seminggu sebelum period . Tak sakit dan tak berbau . Ianya keluar sekali sahaja , esok nya dah takde . Boleh saya tahu ia tanda nya apa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah lendiran coklat yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.