
Sulit
4 tahun
Lendir berdarah selepas bersama
Hi, saya sudah berkahwin. Baru lepas keguguran 2 bulan lepas. Period masih normal selepas keguguran. Latest period saya pada 13 january 2021. Dua tiga hari lepas habis period, saya demam & bloating gas yg teruk + muntah muntah. Selepas daripada itu, setiap kali saya bersama dgn suami. Esok nya, akan keluar keputihan berdarah sedikit. Adakah ianya normal? Saya tk ada rasa sakit sewaktu bersama. Cuma sejak lepas keguguran, saya ada sakit di bahagian rahim. Sakit yang kadang kadang. Rasa mencucuk. Skala sakit dlm 1/10. Kekerapan dlm seminggu 2/3 kali. Boleh saya tahu punca nya? Sebab saya dalam perancangan ingin hamil. Risau ada masalah lain. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar darah ketika berhubungan seksual dengan suami. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Postcoital bleeding ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.