Anonymous
4 tahun
Lendir/bleeding coklat
Saya wanita dan berusia 30thn.
Sejak 3 bulan lepas,2-3 hari sebelum dtgnya haid,sy akan mengalami sakit kepala,sakit badan dan muntah2.ia terjadi setiap kali sebelum sy haid.
Saya baru habis haid 10 hari lepas,dan sy telah bersama suami sy 3hari lepas.
Sejak dari itu,ade lendir/darah berwarna coklat keluar on off,tidak byk.
Sakit kepala,sakit badan sy masih tidak hilang lagi sejak 2 minggu lepas.
Sy telah mengambil paracetamol on off sejak itu tapi sakit sy masih tidak hilang.
Ape yg perlu sy lakukan?
Perlu ke sy buat pemeriksaan lanjut?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.