
ct2jem
5 tahun
Lendir darah selepas mengadakan hubungan
Saya wanita berumur 46tahun, period xnormal. Kadang sebln tak kuar period tp bila kuar amik masa lama hampir sbln, darah yg kluar mula2 agak byk tp lama kelamaan menjd sedikit. Masalah saya ialah ketika bersama suami saya akan ase pedih sedikit kemudian selepas mencuci akan terdapat darah lendir di kemaluan saya… apakah sbenar mslh saya skrg ni. Mohon penjelasan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas melakukan persetubuhan boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Servikal ektropion
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.