
Sulit
3 tahun
Lendir keluar dari kemaluan tanpa sengaja
Saya remja perempuan 15 tahun, saya mengalami masalah gasterik… Perut saya kerap sakit… Dan akan ade lendir yang keluar dari kemaluan saya tanpa sengaja…adakah itu normal dengn kondisi saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun secara umum, sebahagian besar wanita akan mengalami keluaran lendir dari kemaluan yang disebut sebagai keputihan.
Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis (normal) dan keputihan patologik (tidak normal). Keputihan fisiologis ini biasa di kalangan wanita, dan selalunya berlaku apabila wanita mengalami kesuburan ataupun di sekitar menstruasi. Ianya tiada gejala penyakit dan juga lendir ini berwarna putih atau krim. Selain itu ia tidak berbau ataupun menyebabkan kegatalan di kesulitan. Jika dibandingkan keputihan patologik ini lendirnya bersifat lebih kental, warna kuning, kelabu atau hijau, juga berbau busuk dan selalunya menyebabkan kegatalan di bahagian faraj. Keputihan patologik ini disebabkan jangkitan kuman dan memerlukan rawatan.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca mengapa anda mengalami masalah tersebut berdasarkan kenyataan yang diberikan sahaja. Oleh itu kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan khusus dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih