
Sulit
3 tahun
Lendir keputihan seperti putih telur disertai bercak darah berwarna kecoklatan
saya wanita berumur awal 20-an yang sudah mempunyai suami. Period saya lewat pada bulan mei dan masuk smpai 3hb jun. Tadi saya mendapati lendir keputihan seperti putih telur dan ada sedikit warna kuning kecoklatan. Apakah masalah saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai masalah keputihan bercampur tompokan coklat dan kekuningan ini mengganggu anda. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keputihan merupakan cecair faraj yang normal dan ia adalah sebahagian daripada fisiologi wanita. Sekiranya keputihan tersebut disertai dengan gejala-gejala seperti berikut, ia memerlukan perhatian daripada doktor:
- Gatal di kawasan kemaluan
- Keputihan bercampur darah atau berwarna hijau kekuningan
- Keputihan berbau busuk
- Sakit di kawasan ari-ari atau perut
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
Antara punca lazim yang berkait dengan gejala yang disebutkan oleh anda adalah:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Vaginitis atau cervicitis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Siasatan lanjut perlulah dibuat untuk mengetahui punca masalah yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.