
Sulit
4 tahun
Lendir putih di tekak tanpa batuk
Saya mengalami lendir putih dan kadang kala berbuih apabila dikeluarkan…ini membuatkan tekak dan dada saya tidak selesa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang lendir putih di tekak.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh memberikan kesimpulan diagnosis yang tepat untuk kondisi anda kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
Namun begitu, kondisi kahak lendir putih sebegini boleh disebabkan oleh:
- Radang tonsil
- Jangkitan bakteria/virus di tekak
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
- Masalah alergik yang serius
- Post nasal drip
Berkahak dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.