
Sulit
3 tahun
Lendir selepas haid
Saya berumur 24 tahun dan telah berkahwin. Saya dan suami telah berbincang untuk tidak hamil dalam masa terdekat. Last saya period rabu lepas 15/9/2021 .
Selepas dua hari habis period, saya dan suami telah melakukan hubungan seks. Keesokkan semasa saya di toilet. Saya nampak di panties saya ada lendir dan sedikit darah. Darah tersebut sangat sikit. Adalah bermakna kemungkinan hamil tu ada? Sebab saya ada baca yg waktu subur ialah seminggu sebelum datang haid macam tu. Mohon pencerahan. Terima kasih dr

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” apabila badan anda membuang lapisan rahim.
- Penyakit kelamin
- Alat kontrasepsi
- Masalah tiroid
- Kanser serviks
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan