
Sulit
5 tahun
Lendir yang banyak dari alat sulit
sy wanita berumur 30an…saya baru lepas buat D&C pada kandungan sy yg baru 6 minggu…darah berhenti 1 hari selepas…selepas hari ke 4 sy keluar lelehan lendir yang banyak…ada rasa sedikit gatal…adakah itu normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, lendir ini adalah sama seperti lochia yang keluar seperti wanita berpantang. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami gejala seperti berikut, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
- Sakit pinggang atau perut bahagian rahim
- demam
- lendir yang berbau
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.