NurAqila
6 tahun
Lendiran coklat campur darah
saya gadis berumur 19 tahun dan saya ada masalah haid tidak teratur. pada bulan ini iaitu bulan 12 first time saya mengalami lendiran yang berwarna coklat. Ia tidak gatal, cecair yang keluar kekadang banyak dan kekadang sedikit dan saya tak pasti yang ia ada bau ataupun tidak. Jadi saya panik, apa yang perlu saya buat? btw lendiran itu keluar tanpa ada darah haid. Bila lendiran itu keluar saya tidak rasa sakit atau apa apa pun. bantu saya doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Lendiran berwarna coklat mungkin adalah “spotting”. Terdapat banyak penyebab spotting dan biasanya berlaku bagi mereka yang mengambil pil perancang kehamilan atau tanda awal kehamilan.
Lediran yang keluar juga mungkin adalah tanda masalah seperti jangkitan. Selalunya jika masalah ini berlaku, cecair yang keluar adalah berbau dan menyebabkan masalah lain seperti kencing pedih dan kegatalan.
Tanpa maklumat lebih lanjut, dan pemeriksaan, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk kepada doktor agar maklumat dan pemeriksaan serta ujian sekiranya perlu boleh dijalankan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk merujuk kepada doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga.
Harap membantu. Terima kasih.
























