
Sulit
3 tahun
Lengah kaki dan period melebihi 13 hari
Saya iman berumur 17 tahun saya mengalami period yang sangat banyak dan melebihi 13 hari dan semakin hari semkin banyak darah dan kaki saya mengalami lenguh dan sering sakit dibawah bahagian perut

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini iaitu period yang berpanjangan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, period yang berpanjangan boleh disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Gangguan anatomi (contohnya polip, kista ovari)
- Sindrom Polisistik Ovari atau (PCOS)
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
Namun begitu, gejala ini juga boleh disebabkan oleh gangguan daripada organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.