
Sulit
5 tahun
Lenguh bahu, lengan, dada belah kiri
saya wanita berusia 22 tahun, berasa lenguh di bahu, lengan dan dada belah kiri ketika tidak melakukan apa2 perkejaan / ketika bersantai, sehingga menyukarkan saya untuk tidur. tidak sakit jika menekan di tempat berkenaan. aktiviti harian juga terlalu pasif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia-kurang darah merah
- Masalah struktur jantung
- Masalah ritma jantung
- Masalah paru-paru
- Masalah tulang atau otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.