
Sulit
5 tahun
Lenguh belakang dan dada rasa sesak
haii doc, saya brumur 25 thun, smenjak 3hribln april hri jmaat lpas saya mngalami sakit2 blkang & dada rasa sesak dn pda mlm trsebut saya x dpt tdur shngga jm 3 sbuh krana x selesa, ttap pada hri sbtu saya tlah bjmpa dktor diklinik ksihatan yg bdekatan & dktor trsebut hnya mberikan sya ubat gastrik¶cetamol, shgga skrg saya msih rsa tkut brikut virus yg mlanda dan tkut tnda2 trsebut ada pda sya, lpas mkn ubat yg diberikan lpas tghari sya mngalami cirit birit &mual2 , adakah saya patut mbuat saringan?? saya risau dan pikiran sya x tenang😢

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini