
Sulit
4 tahun
Lenguh sebelah badan
Saya wanita berumur 23 tahun… Akhir2 ini saya sering merasa lemah dan lenguh2 di sebelah bahagian badan… Dan sering mengalami sakit kepala yang kronik sehingga rasa mual… Apakah tanda kesakitan ini? Dan apakah risiko saya mengalami TIA tinggi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Kemungkinan lenguh sebelah badan boleh disebabkan masalah saraf ataupun posisi badan tidak betul sewaktu tidur .
Anda berisiko untuk mengalami TIA jika anda:
- mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung dan saluran darah
- melebihi usia 65 tahun
- darah tinggi
- obese
- diabetes
- kolesterol tinggi
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.