
Sulit
4 tahun
Lepas bersalin ada ketulan isi dekat vagina
Assalamualaikum Dokter, maaf menganggu yer…sy nak tnya mengenai lepas bersalin…kenapa ada isi ketulan dom vagina… mcm mna nak atasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, kami kurang jelas mengenai isi yang dimaksudkan oleh anda dan memerlukan lebih banyak maklumat mengenainya. Walaupun begitu, berikut adalah situasi dan sebab anda mempunyai “ketulan” tersebut:
- Darah beku
- Proses penyembukan luka episiotomi atau vaginal tear
- Sebahagian isi uri yang tertinggal di dalam rahim
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk:
- Pendarahan dari vagina yang tidak berhenti
- Keluar nanah dan cecair yang busuk
- Demam
- Sakit
- Pitam
- Lesu badan
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.