Sulit
5 tahun
Lewa datang bulan
Saya lewat datang bulan tapi ada keluar darah … biasa nya klau darah gaid dia banyk …yang ibi dia sedikit sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai pendarah yang sedikit yang disangkakan sebagai kedatangan haid.
Untuk makluman anda, kemungkinan perkara yang anda hadapi merupakan perkara yang biasa. Kadangkala, segelintir wanita menghadap kedatangan haid yang sedikit ataupun terlewat. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa penyakit seperti ketumbuhan fibroid, sista ovari, kanser rahim, menopaus dan sebagainya.
Namun, gejala kedatangan haid yang dihadapi oleh penyakit-penyakit di atas lebih teruk dan berpanjang. Sekiranya pendarahan haid anda sedikit yang berlaku secara berpanjangan atau kerap, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























