
Sulit
4 tahun
Lewat datang bulan tetapi tidak hamil
Saya ifa 20 tahun, saya ingin bertanya tentang haid saya, saya dah melahirkan seorang anak pada tahun lepas bulan 2 dan saya mengambil perancang secara suntikan, tetapi saya hanya sempat suntik 2kali suntik sahaja kerana saya alergic gatal² , dan saya stop ambik suntikan last suntikan saya pada bulan julai 2020 . Selepas pada itu saya datang bulan seperti biasa , cuma lepas pada saya datang bulan pada bulan 10 dan habis pada awal bulan 11 sampai sekarang saya tidak datang haid, dan saya dah buat test pregnantt hanya naik 1 line sahaja. Bolehkah saya tahu kenapa?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid juga boleh berpunca dari:
- kehamilan (boleh double check dengan pemeriksaan USG, di klinik atau hospital)
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan kencing atau darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!