
Sulit
3 tahun
Lewat datang haid atau period
Saya lewat dtg period selepas bersama dngn suami. Tarikh yg sepatutnya saya period adalah pada 26/5 tetapi sampai sekarang saya tidak datang haid atau period

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan yang anda berikan, anda mengalami masalah haid lewat selepas bersama dengan suami. Kami fahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, masalah haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Namun, ia juga boleh disebabkan beberapa perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lebih lanjut mengenai status kehamilan anda .
Semoga penerangan ini dapat membantu anda. Sila hubungi pihak kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi