
Sulit
5 tahun
Lewat datang haid dan perlu atau tak ambil ubat untuk turun period?
Hi doctor. Saya telah lewat period 3 hari. Hasil UPT adalah negatif, perlu ke saya mengambil ubat turun period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda disarankan untuk menjalankan UPT sekurang-kurangnya setelah 1 atau 2 minggu lewat datang haid. Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengatakan haid anda lewat kerana normal bagi segelintir wanita untuk mengalami haid lewat kurang dari satu minggu.
Walaubagaimanapun, sekiranya masalah ini berlanjutan dan terdapat gejala berkaitan seperti sakit pada bahagian rahim, pendarahan sewaktu bersama dengan suami, kurang selera makan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.