
Sulit
5 tahun
Lewat datang haid selepas keguguran
saya wanita 24 tahun telah lewat datang haid selama 2 minggu selepas keguguran anak yg pertama . check UPT (-) adakah ia normal ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda haid akan kembali dalam 4 ataupun 6 minggu selepas keguguran. terdapat sesetengah orang yang mengambil masa berbulan-bulan untuk datang haid semula.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.