
Sulit
3 tahun
Lewat datang haid setelah minum jamu
Saya berumur 19 tahun , saya mengambil jamu pads Bulan lepas Dan pada Bulan ini saya lewat datang haid sudah lebih seminggu…adakah makan jamu menganggu kitaran haid saya???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Fibroid dalam rahim
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan