
anisgegurl
5 tahun
Lewat datang period dan konfius
Doktor ,saya sudah lewat datang bulan ini… lewat 4 hari… tiap2 bulan saya tak pernah lewat seperti bulan ini… adakah sudah boleh untuk cek pregnant test? Atau masih baru untuk sy cek?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah lewat kitaran haid ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan-Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Dalam kes anda, apabila anda lewat haid anda boleh memeriksa urine pregnancy test(UPT) tetapi berkemungkinan untuk negatif terutamanya pada tempoh awal kehamilan kerana hormon Beta HCG masih terlalu rendah. Kebanyakan mengesyorkan melakukan UPT selepas seminggu tiada haid.
Terima kasih