Anonymous
6 tahun
Lewat datang period
Sy siti umur sy 24 tahun… Sy mmg ad masalah period… Sy dah jumpa doktor pakar. Dalam masa 4 bulan alhamdulillah datang secara teratur… Tapi sy sekarang dh kelewatan period ari ni sy dh lewat 13hari… Sepatutnye sy dh period… Last period 15hb 5… Sepatutnya 6/6 sy dh period… Tapi sampai sekarang tak… Ramai kawan cakap mungkin sy mengandung tapi saya tkt nk check upt… Sebab takut kecewa kan suami sy… Sebab kami dah nak masuk 3 tahun tunggu cahaya mata… Apa pendapat doktor… Perlu ke sy check… Atw tnggu dulu…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur seperti :
• Awal kehamilan
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Saya sarankan untuk puan cuba UPT pada waktu pagi selepas 7 hari lewat haid untuk keputusan yang lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























