
ehmekchasut
5 tahun
Lewat haid 3 hari dari tarikh sepatutnya
Salam dokter…
Sebelum ini haid saya akan datang tepat pada waktu dan Ada ketika juga lewat 2 hari dari tarikh sepatutnya …pada bulan April ini sepatutnya haid saya pada 26 April namun sehingga hari ini 29 April masih juga tidak datang haid.
Pada hari kedua iaitu semalam saya mencuba test kehamilan namun resultnya adalah -ve …
Saya risau dokter takut penyakit lain je …
Sekian terima kasih

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya, kelewatan haid selama seminggu adalah normal. Ianya boleh disebabkan oleh
- Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan - pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi doktor jika keadaan berterusan selama lebih dari dua minggu. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!