Sulit
5 tahun
Lewat haid adakah hamil?
.saya ingin bertanya period saya missed bulan 11…bulan last period 25/10-31/10…1/11 saya telah bersetubuh dengan suami…tetapi tidak ejakulasi di dalam…4/12 saya telah test upt…tapi negative…saya mengalami simptom ketidakselesaan perut sejak 27/11 sampai sekarang…simptom kehamilan tiada.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Sekiranya anda ragu tentang kondisi anda, sila ke klinik untuk lakukan ujian kehamilan lain dan pemeriksaan lanjut. Saya tidak boleh memebritahu anda hamil atau tidak tanpa pemeriksaan fizikal.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

























