Sulit
5 tahun
Lewat Haid /penyakit organ pembiakan
saya berumur 25 tahun sudah berkwin 7 bulan… sy merasa mual pning, berat badan naik mendadak ,kadang rasa perut kembung sgt biarpun sy makan dalam kuantiti yg sedikit, tempoh hari sy mndapati tompok coklat pada seluar dalam, coklat bercampur darah slma 3,4 hari … sy mngira haid tetapi selang sejam lps tu xde darah keluar pun, saya juga kerap rasa nk kencing tanpa henti…lps kencing rsa nk kencing lagi… bila buat test upt ,negative… perut rasa mkin besar,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























