
feasofea34
5 tahun
Lewat haid selepas memakan 2 biji postinor
Bulan lepas setelah melakukan hubungan intim dengan suami. Saya memakan postinor 2 biji dan sekarang saya sudah lewat 6 hari. Upt negative

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan haid lewat selain kehamilan, antaranya:
- Kesan pengambilan pil perancang; pil perancang mengandungi hormon dan ini boleh mempengaruhi kitaran haid anda
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.