
Sulit
4 tahun
Lewat Haid tapi tiada tanda awal kehamilan
Sy berumur 25thun. Suda berkhawin dan mmpunyai seorang anak (3 tahun).sya juga tida mengambil sebarang pil perancang keluarga dan bersetubuh tidak pernah memakai kondom. Bulan jun ini saya suda lewat 1 minggu period. Tapi tiada tanda2 awal mengandung. Bolehkah saya mengambil pil cepat haid?. Sbb saya belum lagi brsedia utk melahirkan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 7 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. Hal ini kerana, kitaran wanita boleh berubah daripada 28 hingga 35 hari. selain itu, memandangkan anda tidak menggunakan sebarang perancang kehamilan, terdapat risiko untuk hamil. Adalah lebih baik anda menggunakan ujian kehamilan sebelum mengambil pil cepat haid kerana jika anda disahkan hamil, pil tersebut akan memudaratkan kandungan anda jika ada. Untuk pengetahuan anda juga, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.