
Sulit
3 tahun
Lewat haid tetapi ujian negative
Saya ingin menanyakan tentang masalah yang saya hadapi sekarang.
Saya seorang wanita yang sudah berkahwin selama 2 tahun. Baru-baru ini saya sudah lewat haid selama 2 bulan.saya juga ada membuat ujian kehamilan sebanyak 4 kali namun maseh negatif.saya bimbang jika saya mempunyai masalah kesihatan seperti cyst dan sebagainya.Tetapi, saya tidak mempunyai gejala simptom cyst.
Diharapkan doktor boleh memberi pandangan.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang lewat selama 2 bulan dan berasa bimbang akan keadaan ini. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Anda juga berkemungkinan sedang hamil walaupun ujian UPT adalah negatif kerana keputusan ini boleh menjadi palsu dalam keadaan tertentu seperti:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan
- Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- Chemical pregnancy
- Pengaruh ubat-ubatan
Sebagai pengetahuan, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan