Sulit
3 tahun
Lewat makan pil postinor
Saya wanita 24tahun belum berkawin. Pasangan saya pancut dalam semasa melakukan hubungan. Selepas tu saya makan pil postinor untuk pil pertama. Pil kedua lewat sejam. Adakah kesan lewat tu kemungkinan saya mengandung?
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Pil Postinor berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Lebih awal anda mengambil Postinor, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa Pil Postinor akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan.
Untuk mengenalpasti kondisi rahim anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan di rumah dengan cara yang betul, atau merujuk ke doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
Walaupun ia tidak berbahaya. namun masih mempunyai kesan sampingan yang berdampak pada sesetengah wanita. Selain itu, terlalu kerap memakan pil ini juga akan mengganggu kitaran haid wanita dan meningkatkan lagi kadar kesan sampingan yang lain.