
Sulit
4 tahun
Lewat period 2 minggu, doc sakit puan bagi ubat induce darah tapi keluar spotting coklat dan cram perut.ada ambiil ubat postinor
Hye doc, saya nak tnye…sy baru kawin bulan 4 …sy lewat haid selama 2 minggu …sy sudah buat pregnant test sebanyak 5 kali termasuk ari ni result negatif…and then sy pegi jumpa doc untuk buat scan ultrasound perut dalam scan melalui dalam rahim…doc sakit puan bagitau semua normal dan tidak pregnant…sy melakukan sex memakai kondom dan lepas di luar sebelum tarikh datang period… untuk bulan 5 dan 6 hanya 2 kali sahaja having seks…doc bagi saya ubat turun darah haid …semasa sy telan ubat induce bleeding …akan keluar keputihan pink atau coklat…lepastu hilang …macam spotting…dan sy telan lagi ubat itu …akan keluar lagi keputihan pink atau coklat tpi dalan kuatiti sedikit…hanya 4 hari sahaja ada spotting… dan sekarang makan ubat induce…hanya keluar keputihan biasa sahaja dan cramp perut…apa masalah yang di hadapi oleh saya? Adakah saya pregnant ? Atau hormon sy ? Sy ada ambik ubat postinor 2 sebelum 2 hari tarikh sebenar period…tpi sampai sekarang tidak dtg period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 2 minggu boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.