
Sulit
4 tahun
Lewat period 36 hari
Hai doctor… Last period 13/9… Sya nak tanya… 2minggu lepas sya cramp perut mcam nak period tp tak period smpai sekarang… Sya juga ada sakit punggung… Tadi sya ada test upt tp negative… Kenapa ya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa haid anda lewat. Antaranya:
- Kehamilan (namun begitu keputusan UPT anda negatif tetapi ia tidak menolak kemungkinan anda mengandung dan keadaan ini memerlukan pemeriksaan lanjut dari doktor)
- Umur; Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja atau menghampiri waktu menopaus.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang dan tidak dilepaskan ke tiub Fallopio.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Ketidakstabilan hormon disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
- Anda menyusukan bayi menggunakan susu badan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami tidak dapat menjawab soalan anda mengapa UPT anda negatif tetapi terdapat beberapa di mana keputusan UPT anda negatif tetapi anda tidak hamil seperti yang dinyatakan di atas ataupun anda menggunakan kit UPT yang telah tamat tempoh ataupun terlalu awal.
Teknik menggunakan UPT dengan cara yang betul ialah menggunakan air kencing yang pertama pada waktu pagi kerana kandungan hormon hCG adalah tinggi pada masa tersebut.
Jika anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan tentang keadaan anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.