
Sulit
3 tahun
Lewat period dan kepala pusing
Hi doctor, sy dah berkahwin selama 6bulan. Sepatutnya period sy dtg pada 16/5 dan Pada hari ke 6 kelewatan period, sy telah buat test upt. Tapi resultnya negative dan sampai skrg sy masih belum period. Sy mengalami sakit bawah perut dan apabila ditekan perut sy terasa sakit tp tidaklah terlalu sakit. Kepala sy kerap berpusing dan suhu badan terasa meningkat tapi sy tidak demam. Cuma terasa bahang saja. Sy juga terasa mual dan pinggang belakang juga terasa sakit. Adakah sy mengandung?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan perut kembung atau gejala-gejala yang lain pula boleh berpunca dari:
- kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan kencing atau darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda pula, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!