Anonymous
6 tahun
Lewat Period Dan Makan ubat turun darah
Hi doc, saya ika berumur 26tahun , saya sudah lewat period selama sbln, saya cek klnik upt -ve n scan tak pregnant. Doc diklinik bagi saya ubat turun darah, lepas 5hari habis ubat saya period. Tapi period first day setitik darah , hari kedua sikit sangat sebesar duit syilinv 50sen n coklat2. Hari ketiga period saya bersih. Adakah normal? sebab saya kalau period darah banyak selama 8hari
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid sedikit yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS (polycystic ovarian syndrome)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























