
Sulit
4 tahun
Lewat period dan perut kembung
Saya wanita 30an… Sudah berkahwin ank 3…yg bongsu masih menyusu… Sekarang berumur setahun 6bulan… Lps bersalin… Ank berumur 6bulan sya dtg period dan mg period sya normal dan tak pernah senggugut… Tetapi baru ni dlm buln9 sya ada minum pati sarang burung… Dan mula bulan 10 smp skang buln 12 sya tak dtg period lagi… N xd apa2 tnda… Cek upt jgk negatif. Mengapa begitu?? Adakah normal?? Dan perut sya jg kerap kembung tp xsakit cm xselesa utk mkn… Sb perut sntiasa rsa penuh… Dan bru ni ada perasan ada keras d bwh perut… Tp xsakit dan sya mg problem utk buang air besar bukn sembelit… Tp jns seminggu sekali j buang air besar… Apa sranan dr doktor ye
Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan - Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Berkenaan dengn masalah perut tak selesa dan merasakan keras di bahagian bawah perut boleh diakibatkan oleh:
- Fibroid pada rahim
- Kista pada ovari
- Ketumbuhan pada mana-mana bahagian dalaman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.