
Sulit
3 tahun
Lewat period faraj kering dan gatal
Doktor, saya telah berkahwin selama 6 bulan. Kitaran haid saya selama 24-26 hari. saya telah lewat period selama 3 hari dan hari ni memasuki hari ke 29. Ujian UPT negatif. Saya mengalami sakit pinggang, mild cramp dan kekeringan faraj seperti simptom PMS masalahnya faraj saya terlalu kering sehingga gatal-gatal. Apa saya patut buat? Adakah tanda hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.