
Sulit
4 tahun
Lewat period hampir sebulan
Pada hari pertama saya sepatutnya period hanya keluar sediki darah berwarna coklat cair dan selepas itu tiada lg keluar apa, kemudian saya membiarkan selama 4 hari masih lagi tiada darah keluar, hari kelima saya mengalami mual, pening dan cramp, saya check opm positif dan checm upt keesokkanya, upk negatif, sampai ke hari ni saya belum period, sudah berapa malam saya cramp perut, pening dan mual, pg breast akan sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami pada masa ini. Ini hanyalah pandangan kami secara am dan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami masalah haid lewat dan untuk menentukan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di DoctorOnCall untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas. Terima kasih