
Sulit
4 tahun
Lewat period selama 5 hari
Hi. Sy berumur 26 tahun. Bulan lepas sy telah makan postinor pada 11/9/2020 dan period pada 19-22 sept. Selepas dari itu sy dan suami tidak ada bersama. Namun pada bulan oktober ini period saya lewat selama 4 hari. Dan pada 12/10 tempoh hari sy ada sedikit darah (spotting) saja turun pada 1 hari tu. Adakah saya hamil?

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat lebih 4-5 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!