
Anonymous
4 tahun
Lewat period selepas mengambil postinor
5 hari sebelum tarikh period selepas membuat hubungan intim sya mngambil 2biji postinor skaligus… Sekarang saya lewat 5hari period selepas cek. Upt… Keputusa. Negative

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, postinor merupakan sejenis pil perancang kecemasan yang mengandungi hormon progesterone.
Cara pengambilannya adalah makan sebiji dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan, dan sebiji lagi selepas 12 jam pengambilan pil pertama.
Untuk makluman anda, pil ini seperti yang dinyatakan mengandungi hormon. Oleh itu, ia boleh mempengaruhi tubuh anda. Antara kesan sampingan yang boleh terjadi akibat pengambilan postinor adalah:
- Mual dan muntah
- Pening
- Cirit-birit
- Sakit kepala
- Haid terputus-putus (Spotting)
- Sakit pada payudara
- Badan lemah
Anda disarankan untuk cuba UPT sekali lagi pada hari ke 7 lambat haid dengan menggunakan urine pada waktu pagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.