
Sulit
3 tahun
Lewat period setelah makan pil
Saya wanita berusia 36 thn telah mengambil pil cegah hamil escapelle. Sepatutnya kitaran haid normal saya 25-28 hari, tapi bulan ini, sy lewat 2 minggu. Adakah ini biasa berlaku kesan dari pengambilan pil tersebut. Dan sekiranya sy melakukan hubungan intim pd minggu ini, adakah terdapat risiko kehamilan?

3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Pil perancang kehamilan yang anda ambil adalah pil perancang kecemasan yang perlu digunakan dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks. Anda digalakkkan untuk tidak menggunakan pil perancang kecemasan melebihi 2 kali dalam satu kitaran haid. Jika juga digalakkan untuk menggunakan perlindungan seperti kondom untuk melakukan hubungan seks jika anda ingin mencegah kehamilan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Namun begitu, ini adalah keterangan am, anda digalakkan untuk ke klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan dan rawatan pada masalah anda kerana beberapa maklumat diperlukan sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!