Anonymous
6 tahun
Lewat period tapi tidak hamil
hai doct,Sy berumur 24 tahun,Sy sudah kawin,sy menghadapi masalah period tidak teratur,last month sy last period 19 Jun,sy ada “bersama” dgn suami pd 28 Jun and pada hari ini 31 Julai sy belum period lagi,sudah chek pregnantcy test tapi negatif,Adakah hormon sy tidak stabil sebaliknya? Harap doct dapat beri keterangan,TQ.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Berdasarkan perhitungan, sehingga ke hari ini, haid anda sudah pun di hari ke-42. Justeru, boleh dikatakan haid anda sudah lewat.
Sebetulnya, haid lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Ia tidak terhad kepada kehamilan dan tidak juga terhad kepada masalah hormon. Pelbagai kondisi dan penyakit dapat menimbulkan gejala haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebetulnya, sekiranya anda ada melakukan hubungan seks tanpa perlindungan pada hari ke-14 kitaran haid anda, yaitu di tempoh waktu subur, anda mempunyai kemungkinan besar untuk hamil. Akan tetapi, ini hanyalah anggaran berdsarkan purata wanita sedunia. Realitinya, tempoh subur setiap wanita adalah berbeza-beza.
Seandainya anda masih ragu-ragu tentang status kehamilan, sebaiknya puan melakukan ujian UPT ulang dengan menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



























